Isnin 28 Mei 2018 | 13 Ramadan 1439H       Direktori      Webmail

Suarakan pendapat anda |             

Jemputan Menghadiri Majlis Interaksi Ibu Bapa dan Guru Kali Pertama Tahun 2018

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh akan mengadakan Majlis Interaksi Ibu Bapa dan Guru kali pertama bagi tahun 2018 seperti ketetpan yang berikut:

Tarikh : 27 Januari 2018 (Sabtu)

Masa : Bermula 8.30 pagi

Tempat : Dewan Gemilang dan Kelas

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

8.30 pagi     :     Pendaftaran ibu bapa

9.00 pagi     :     Bacaan doa
                        Ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kamarularipin bin Jaffar (Pengetua SABDA)

9.30 pagi     :     Interaksi/ Permuafakatan ibu bapa dan guru

11.30 pagi   :     Majlis bersurai

 

Majlis ini diadakan bertujuan menjalin ukhwah dan pemuafakatan ibu bapa dan guru bersama-sama menjana idea merancang perkara-perkara berikut:

  1. Pembangunan prasarana fizikal dan keceriaan bilik darjah.
  2. Pembangunan kecemerlangan prestasi akademik.
  3. Membina sahsiah, motivasi dan jati diri murid.
  4. Pembangunan prasarana sukan dan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  5. Hal-hal lain.


Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat membina permuafakatan, mengeratkan hubungan, bertukar-tukar pandangan dan membentuk jalinan kerjasama antara ibu bapa dengan guru-guru khususnya guru kelas. Diharapkan dalam majlis ini ibu bapa dan guru bersama-sama terlibat utk merancang dan melaksanakan aktiviti bagi membentuk kemenjadian murid dan melahirkan murid yg berketerampilan selaras dgn Falsafah Pendidikan.

 

 

Read 205 times
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…